Wednesday, October 21, 2009

Phoenix Juara Baru Minggu GERKO?????

Rumah Phoenix Sentiasa sinonim dengan Gelaran Juara SUKDA namun adakah mereka pencabar utama dalam perebutan Mahkota Kejuaraan Minggu GERKO?
"Ya, kami boleh menjadi Juara baru Minggu GERKO kerana kami Merupakan pasukan pilihan untuk memenangi Acara Futsal, Bola Tampar dan Sepak Takraw" kata pengurus pasukannya.
Namun apabila mengulas lebih lanjut bagi acara Bola Jaring Pengurus pasukan mengatakan mereka bukan pasukan pilihan untuk acara itu namun tetap akan memberikan yang terbaik bagi membantu pasukan bergelar Juara Keseluruhan.

Rumah Phoenix di kendalikan oleh Cikgu Rurien Dawi selaku pengurus pasukan dan dibantu oleh, Cikgu Norzie Nani, Cikgu Abdul Hamid Mohamad, Cikgu Mohd Zahari Sulong dan Pn. Joyce Raymond.

Sandaran utama Phoenix ialah Peter Nyandang selaku ketua pasukan Phoenix bagi acara Futsal, Sepak Takraw dan Bola Tampar. Peter diharap dapat memikul tanggungjawab yang diberikan dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain. Saingan utama Phoenix ialah Helang yang juga pasukan pilihan untuk muncul Juara Keseluruhan. Semoga berjaya kita ucapkan kepada Phoenix......