Wednesday, October 21, 2009

Phoenix Juara Baru Minggu GERKO?????

Rumah Phoenix Sentiasa sinonim dengan Gelaran Juara SUKDA namun adakah mereka pencabar utama dalam perebutan Mahkota Kejuaraan Minggu GERKO?
"Ya, kami boleh menjadi Juara baru Minggu GERKO kerana kami Merupakan pasukan pilihan untuk memenangi Acara Futsal, Bola Tampar dan Sepak Takraw" kata pengurus pasukannya.
Namun apabila mengulas lebih lanjut bagi acara Bola Jaring Pengurus pasukan mengatakan mereka bukan pasukan pilihan untuk acara itu namun tetap akan memberikan yang terbaik bagi membantu pasukan bergelar Juara Keseluruhan.

Rumah Phoenix di kendalikan oleh Cikgu Rurien Dawi selaku pengurus pasukan dan dibantu oleh, Cikgu Norzie Nani, Cikgu Abdul Hamid Mohamad, Cikgu Mohd Zahari Sulong dan Pn. Joyce Raymond.

Sandaran utama Phoenix ialah Peter Nyandang selaku ketua pasukan Phoenix bagi acara Futsal, Sepak Takraw dan Bola Tampar. Peter diharap dapat memikul tanggungjawab yang diberikan dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain. Saingan utama Phoenix ialah Helang yang juga pasukan pilihan untuk muncul Juara Keseluruhan. Semoga berjaya kita ucapkan kepada Phoenix......

Tuesday, October 20, 2009

Rumah Kenyalang




















Rumah Kenyalang berazam untuk menjadi juara keseluruhan Minggu GERKO 2009.
Dengan memilih warna warna merah sRasmi warna ebagai pasukan mereka sudah pasti warna ini memainkan perana dalam meningkatkan lagisemangat berpasukan. Menyertai keempat-empat acara yang dipertandingkan sememangnya Kenyalang mengimpikan mahkota kejuaraan keseluruhan yang diidam-idamkan setiap rumah yang bertanding.

Cikgu Kilat Stonie selaku pengurus pasukan yang tahun ketiganya menguruskan Rumah Kenyalang sudah pastinya beliau tidak ingin terlepas mahkota kejuaraan pada tahun ini. Beliau yang dibantu oleh Nunggan Dennis Cikgu, Cikgu Mohd Imry Abdul Majid, Cikgu Sarimah Akup, dan Pn. Ellen Endu akan bertungkus lumus mencatur strategi bagi memastikan Juara Keseluruhan Minggu GERKO menjadi milik mereka. Bola Jaring dan Bola Chan menjadi sasaran utama bagi mata untuk mengutip Rumah Kenyalang.

Minggu GERKO dan SUKDA 2009

Minggu GERKO yang Bermula 19 hingga 22 Oktober mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan murid-murid SK Ng Metah. Acara tradisi ini menjadi medan pertarungan Sentiasa 4 rumah iaitu Rumah sukan Kenyalang, Rumah Helang, Rajawali dan Rumah Rumah Phoenix.
GERKO minggu juga melalui tahap keupayaan sebenar murid Penguasaan dalam bidang sukan sesuatu dapat diukur.
Terdapat empat acara yang dipertandingkan iaitu Futsal (Lelaki), Sepak Takraw (Lelaki), dan Bola Jaring Bola Chan (Campuran).
Sementara penutup minggu GERKO ialah sukan kepada Darat (SUKDA) yang akan berlangsung pada 23 Oktober ini. 32 acara dipertandingkan merangkumi acara balapan dan padang. Pastinya sudah sukan Darat Tahun ini menjanjikan saingan yang sengit diantara ke empat-empat rumah yang melibatkan Perancangan sukan dan percaturan strategi jurulatih di kalangan pengurus dan pasukan. Sokongan ibu bapa juga akan menyemarakan semangat lagi Atlit yang bertanding. Upacara perasmian akan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Dom Harisson Langi dan perbarisan lintas hormat diikuti oleh keempat-empat kontigen yang bertanding. Sama-samalah kita Nantikan siapakah yang akan dinobatkan Sebagai Olahragawan dan Olahragawati 2009, dan Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan 2009 ......